LIKE this blog ?

Tuesday, March 29, 2011

JUALAN MEGA di GERAI PENGAWAS...!!

Hari : RABU
Tarikh : 30 MAC 2011
Tempat : (tapak gerai n0.5)

Pelbagai jenis makanan dan minuman di jual....!

  • spaghetti
  • chocolate cake
  • jagung rebus
  • cendawan goreng
  • muffin
  • pelbagai jenis minuman





Datang la beramai-ramai bg memeriahkan lagi gerai kita..!!
Bak kata kak fatin
: keuntungan kita kebaikan bersama:
hehehe


p/s gambar dan ilustrasi yg ditunjukkan mungkin berbeza dengan produk yg dijual=)

Friday, March 18, 2011

Hebatnya Headboy Kita!!

Persembahan ketika Majlis Aspirasi  pengawas
     Hmm..sebenarnya,mungkin  dah ramai yang tahu,headboy kita yang baru nie pandai main gitar..namun begitu,disebabkan oleh kehadiran Yuna dan AnaRafali yang lebih menonjol telah menenggelamkan Aidil (Headboy kita) dimata masyarakat..Namun begitu,bakatnya yang semulajadi hebat itu tidak disia-siakan Badan Pengawas SMK Meru..Beliau banyak membantu pengawas dalam mempersembahkan sesuatu persembahan sambil dibantu oleh gitar kesayangannya..
Beliau dibantu rakan pengawas yang lain
Iskandar memaparkan sajak hasil karyanya sendiri



     Beliau juga pernah membantu Badan Pengawas untuk menjayakan persembahan Hari Guru pada tahun lepas..Disini,kami paparkan video khas yang telah direkod oleh Faiz ketika semua pengawas sedang sibuk menjalani sesi raptai..tetapi..disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan..video terpaksa ditonton dengan menelengkan kepala..sorry..but,enjoy your self!!

Thursday, March 17, 2011

  Pada 24 Januari yang lepas,seluruh warga SMK Meru telah dikejutkan dengan berita perpindahan PK HEM ke SeMenTIS.. Justeru itu,bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada Badan Pengawas,kami mengambil keputusan untuk mengadakan Majlis Perpisahan buat beliau.. Walaupun beliau diraikan dalam majlis yang sederhana,kehadiran para pengawas yang datang bagi menghargai jasa beliau amat menggalakkan..


      Semenjak Pn. Siti Rahimah menjadi PK HEM di SMK Meru,beliau telah banyak membantu dalam menaikkan nama Badan Pengawas.. Beliau juga sentiasa berada dibelakang kami sekaligus menyokong dan membimbing kami disaat jatuh dan bangunnya Badan Pengawas..

          
       Namun begitu,perpindahan Pn. Siti Rahimah diharap dapat mematangkan lagi Badan Pengawas SMK Meru dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.. Semoga beliau dapat menyesuaikan diri di persekitaran yang baru dan terus menabur bakti demi membina generasi masa hadapan yang cemerlang..                                             
Kami disini hanya dapat berdoa agar Ustazah terus diberkati olehNya..
Jasamu akan tetap dikenang..KAMI SAYANG USTAZAH!!